Saturday, May 14, 2011

1 YES CURE 20 NOs

Pada tahun 2007, 4 juta rakyat Malaysia terlibat dalam MLM yang melibatkan jualan sebanyak 5.6 billion. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-3 paling banyak terlibat dalam MLM selepas Jepun dan Taiwan. What a fancy number! 4 juta rakyat Malaysia tersebut melibatkan yang menjalankan MLM secara part-time atau full-time. So, apa masalahnya dengan MLM di Malaysia? Tidak lah teruk sangat MLM ni di hati rakyat Malaysia kan. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih memerlukan MLM sebagai pendapatan sampingan atau pendapatan full time mereka. Betapa bergunanya MLM di Malaysia, termasuklah buku pun turut dijual secara MLM di Malaysia!



Ramai yang dah menjadi jutawan dengan MLM di Malaysia ni. So, apa kata kalau kita yang telah termasuk dalam angka 4 juta tu ambil peluang kepesatan MLM di Malaysia untuk menjadi jutawan juga. Yes, why not? Kalau upline atau rakan-rakan kita boleh jadi jutawan dengan MLM, mengapa tidak kita?

Saya memperolehi satu tips dari salah seorang jutawan MLM yang sebenarnya ramai pengusaha MLM dah tahu, iaitu 1 YES cure 20 NOs. Tips ini kena diulang banyak kali kerana kita mudah lupa. Apabila ramai sangat orang yang kita approach said NO, kita akan mula longlai dan lemah kepala lutut. Terus rasa give-up, muka merah padam dan bad mood, terus nak salahkan orang lain sebab menerima terlalu banyak rejection! La, ingat nasib kita bergantung kepada effort kita sendiri, bukan bergantung kepada upline kita si Rokiah, Ahmad, Ah Cheong atau sesiapa pun.

Rejection ni biasalah untuk pengusaha MLM, tetapi kita boleh adjust rejection ni kerana pengusaha MLM ni mobile (bergerak ke serata tempat). Kalau di tempat A tak berhasil, pergi ke tempat B, kalau tempat B tak berhasil pergi ke tempat C. Kalau ayat A tak sesuai, guna ayat B, kalau ayat B tak cukup bagus, tukar ke ayat C. Tetapi macam mana dengan pengusaha restoran (saya ambil contoh sahaja ya) yang perlu stay di sesuatu tempat? Kalau tempat tu tak strategik, boleh nak pindah sesuka hati? Deposit sewa kedai 4 bulan dah bayar, deposit air dan elektrik 2 bulan dah bayar. Boleh nak pindah sesuka hati? Paling tidak, kena bertahan di tempat tak strategik tu selama 6 bulan dengan mengharapkan keadaan akan berubah (pelanggan datang ke restoran tersebut).



So, katakan anda menerima banyak sangat rejection, jangan give up, teruskan mencari lagi sebab Insyaallah mahu tak mahu ada yang akan berkata YES! Inilah saat paling manis apabila menerima jawapan YES yang berkualiti. Tak percaya? Tanyalah mana-mana jutawan MLM pun, mereka memang ’berkulit tebal’ dan dah biasa dengan rejection. Tetapi yang bagusnya mereka bertahan, berusaha dan akhirnya berjaya dan kaya-raya! So, kita pun boleh melakukannya. Everyone can!










Gratisan Musik

No comments:

Post a Comment